Bismillahirohmanirohim
Rasulullah s.a.w. bersabda; “من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر”   - ( رواه مسلم فى صحيحه)[Sesiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan, yg kemudiannya diikuti dgn puasa enam hari di bulan Syawal maka ianya seakan berpuasa setahun penuh].

Demikian ganjaran yg ditawarkan Allah s.w.t. kpd seseorang yg menyempurnakan  puasa enam hari di bulan Syawal sesudah Ramadhan, dgn fadhilah dan kelebihan yg sangat besar;  menggambarkan seolah-olahnya ia berpuasa sepanjang tahun.

Ganjaran pahala setahun itu, dilihat dari sudut setiap satu kebajikan  yg dilakukan, akan dibalas  dgn sepuluh kali ganda pahala, maka satu bulan Ramadhan  berpuasa, samalah dgn 10 bulan lamanya, dan ketika ditambah dgn enam hari puasa,  bersamaan dgn 60 hari atau 2 bulan ganjaran pahala puasa diperoleh kelak,  maka jelas jumlah  perkiraan masa menjadi 12 bulan atau genap setahun.

Ganjaran pahala  itu bagaimanapun, dianugerahi kpd mereka yg cukup bilangan puasa  Ramadhan, dan jika tercicir puasanya atas sebab-sebab syar’ie maka tanggongan mengisi semula atau menkodho’kan hari yg tercicir itu hendaklah disempurnakan terlebih dahulu sebelum mengamalkan puasa enam.

Apakah puasa enam itu harus dilakukan berterusan? Hakikatnya, puasa enam hari secara berterusan, bermula di Syawal kedua, adalah seafdhalnya, namun diharuskan penyempurnaan puasa itu, dimulai pada hari-hari lain, secara berterusan

ataupun  berselang-seli, dan tentu sekali tidak melepasi bulan Syawal.

Hikmah disebalik puasa enam ini ialah membuaknya  rangsangan iman dan taqwa serta keghairahan utk mendekatkan diri kpd Allah s.w.t., melalui amalan sunnah yg berpanjangan pahalanya, selain terputik  semacam  kepuasan hati dlm diri atas kemampuan berpuasa sepanjang tahun,  dari satu Ramadhan kesatu Ramadhan yg lain.

Ibadah di bulan Ramadhan kiranya dibalas oleh Allah s.w.t. dgn curahan  maghfirah, rahmah dan barakah yg melimpah-ruah maka berpuasa di bulan Syawal pula adalah  manifestasi  kesyhukuran atas ne’mat ibadah yg dianugerahi oleh Allah sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak itu  – semoga anugerah Allah s.w.t. sedemikian itu hendaknya  berterusan dimasa-masa akan datang – Amin!  Wa’llahu a’lam.

وبالله التوفيق والهداية ، والسلام عليكم و رحمة الله وبركاته

11 شوال، 1431/20 سفتمبر، 2010  - rashad

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers